Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pukul abang ipar dengan penyapu dipenjara tujuh bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan atau denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan khianat merosakkan harta benda dan memukul abang iparnya menggunakan penyapu, pada Oktober tahun lepas.

Tertuduh Jonathan, 36, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali dan Zubaidah Sharkawi.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan atau denda RM3,500 atas kesalahan memukul abang iparnya, Renggan, 61, menggunakan sebatang penyapu hingga menyebabkan kecederaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat merosakkan harta benda milik abang iparnya hingga menyebabkan kerugian RM1,500.

Tertuduh didapati telah merosakkan cermin belakang, mematahkan cermin sisi kiri kereta, memecahkan tiga pasu dan meja kopi.

Bagi kedua-dua pertuduhan terbabit, Jonathan melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo, sekitar jam 4.13 petang, 29 Oktober 2021.

Baca lain  Ibu tunggal terpaksa melacur sara tiga anaknya

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba datang ke rumah pengadu lalu mengamuk dan membaling batu ke arah kereta serta merosakkan harta benda yang lain.

Selain itu, pengadu turut dipukul oleh tertuduh menggunakan sebatang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahi kiri.

Melihat keadaan pengadu yang mengalami kecederaan, penduduk kampung yang berada berdekatan beramai-ramai datang menyerbu dan memukul tertuduh.

Tertuduh mengalami kecederaan di kepala telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, seterusnya laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tertuduh sering datang ke rumah meminta wang daripada ibu bapanya dan selalu marah serta mengamuk jika permintaannya tidak ditunaikan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh dua orang Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Kekurangan guru

BERITA yang menyatakan bahawa Sarawak kekurangan sekitar 3,000 guru tentu