Pukul bapa guna gelas kaca

MIRI: Seorang lelaki berusia 26 tahun direman selama empat hari oleh Makhamah Majistret di sini susulan insiden mencederakan bapa kandungnya di sebuah rumah di Kuala Baram, pada Isnin.

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 12.15 tengah malam itu, suspek di dakwa memukul bapanya menggunakan gelas kaca pada bahagian kepala sehingga menyebabkan luka dan berdarah.

Punca kejadian dipercayai disebabkan suspek telah ditegur dan dihalang semasa hendak memukul ibunya. Susulan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Bertindak atas maklumat, pihak polis kemudian melakukan tangkapan terhadap suspek sekitar jam 5 petang, pada keesokan harinya.

Suspek kemudian diperintah ditahan reman empat hari oleh mahkamah sehingga 26 April ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Suara Sarawak