ARTIKEL

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar mengarahkan lelaki yang mencederakan ibunya menggunakan senjata ketika mangsa menunaikan solat di rumah mereka di Kampung Bongor, Gerik menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Pukul ibu sedang solat, penganggur diarah buat pemeriksaan psikiatri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA KANGSAR: Lelaki yang mencederakan ibunya menggunakan senjata tajam ketika wanita itu menunaikan solat di rumah mereka di Kampung Bongor, Gerik, diarah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Arahan itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Mohamad Helmi Hamzah, 29, selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ahli keluarganya iaitu Noraina Ismail, 54, dengan menggunakan sepana plag iaitu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam rumah No 57, Kampung Bongor kira-kira pukul 6.30 pagi, 21 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum yang dia boleh dikenakan sekiranya disabitkan kesalahan itu di bawah seksyen berkaitan walau apa pun hukuman lain diperuntukkan bagi seksyen terbabit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan apabila tertuduh mengangkat bahu tanda tidak memahami pertuduhan sebelum pihak mahkamah mengarahkan dia menjalani rawatan psikiatri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan memohon tertuduh yang tidak diwakili peguam dirujuk ke hospital berikutan mempunyai sejarah rawatan.

Mahkamah menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan psikiatri.

Penganggur itu ditahan polis Selasa lepas setelah mencederakan ibunya menggunakan senjata tajam ketika mangsa menunaikan solat, selain turut mencederakan adik lelakinya berusia 15 tahun yang cuba membantu ibu mereka.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU