Pukul isteri guna kayu

SIBU: Seorang wanita cedera dipukul dengan sebatang kayu di sebuah rumah di Sungai Paradom, Jumaaat lepas. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian berkata, susulan itu seorang lelaki yang iaitu suami wanita berkenaan diberkas, semalam.

Suspek berusia 36 tahun telah memukul isterinya dengan sebatang kayu serta menamparnya hingga mendatangkan kecederaan.

“Semasa kejadian itu, kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa berada di rumah mereka di Sungai Paradom, telah berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suami. Suami mangsa kemudian mengambil sebatang kayu dan kemudian terus memukul mangsa di bahagian belakang badan,” katanya.

Selepas kejadian malang itu, mangsa yang berusia 31 tahun terus membuat laporan polis. “Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya. Suspek juga dikatakan turut menampar mangsa. Motif adalah cemburu,” katanya.

Menurut Stanley, mangsa diarahkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu dan hasil siasatan punca pertengkaran. “Suspek menganggap mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain namun mangsa menafikan perkara tersebut.

“Kita telah memberkas suspek di Sungai Paradom dan turut merampas sebatang kayu yang digunakan untuk memukul mangsa sebagai bahan bukti,” katanya.

Suspek direman di Mahkamah Sibu pada 4 Januari lalu dan keterangan daripada saksi iaitu ayah kepada mangsa turut diambil yang dia memberitahu ada melihat kejadian anaknya dipukul oleh suspek.

Suspek dan mangsa, berkahwin selama tujuh tahun lalu dan mempunyai dua orang anak lelaki masing-masing berusia 7 dan 5 tahun. Kes akan disiasat di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.