ARTIKEL

Pukul isteri kerana berang diminta wang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dihadap ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menerajang dan memukul isterinya kerana berang diminta wang untuk membeli barang dan keperluan bayi mereka.

Namun demikian, tiada pengakuan direkodkan daripada Sahari Nor, 43, selepas satu pertuduhan yang dibacakan dihadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang bersidang sebagai Majistret Kelas Satu, Pele Setar@Stephen.

Mengikut pertuduhan, dia bekerja sebagai kedi golf itu sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 39 tahun di kediaman mereka di Kampung Semerah Padi, sekitar jam 8 pagi, 19 November 2023.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa meminta wang belanja daripada tertuduh untuk membeli keperluan dapur dan barang-barang bayi mereka.

Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan permintaan itu lalu marah dengan menerajang dan memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan luka kecil di bibir, lutut kaki kiri dan kesakitan di lengan kiri serta kanan.

Bimbang akan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 26 Jun ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili Peguam Ralph Lee Zhen Jie.

Terdahulu, pada 28 Jun 2023, pasangan itu diperintahkan menyempurnakan bon berkelakuan baik atas kesalahan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) kerana bertengkar mulut dan mencederakan sesama sendiri.

Mereka didakwa bergaduh sesama sendiri pada 23 Jun 2023, sekitar jam 6.30 pagi, di kediaman yang sama.

Puncanya kerana isteri meminta wang untuk membeli keperluan bayi mereka berusia lapan bulan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya