ARTIKEL

Pukul rakan bekas isteri, penganggur didenda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Gara-gara memukul rakan lelaki bekas isteri menggunakan sebuah topi keledar hingga menyebabkan kecederaan, seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohamad Nadzir Ayub, 42, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Manson Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan sakit terhadap mangsa lelaki berusia 25 tahun di hadapan sebuah restoran, Jalan Astana, kira-kira jam 10 malam, 15 Julai lalu.

Menurut fakta kes, Sekitar jam 10 malam, Sabtu lalu, mangsa sedang memandu sebuah kereta jenis MPV ditemani bekas isteri tertuduh di hadapan sebuah restoran di Jalan Astana.

Tiba-tiba sebuah motosikal yang dibonceng tertuduh memotong laluan mereka lalu berhenti di hadapan kereta mangsa.

Apabila bekas isteri tertuduh keluar daripada kereta, tertuduh terus masuk ke dalam kereta tersebut lalu memukul dan menumbuk mangsa menggunakan helmet.

Punca kejadian berlaku kerana tertuduh tidak berpuas hati serta menuduh mangsa punca utama perceraian antara dia dan bekas isterinya.

Baca lain  Laksana konsep pertanian pintar jadikan Sarawak jelapang padi kedua

Ekoran kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian pipi kiri dan kanan muka seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU