Pulapol Puncak Borneo turut PKPD

KUCHING: Sebanyak 295 kes positif baharu Covid-19 dalam kalangan pelatih Pusat Latihan Polis di Puncak Borneo, semalam.

Dengan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan dilaksanakan bermula semalam hingga 29 April ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, keputusan PKPD di buat setelah didapati berlaku peningkatan kes, sekali gus mengelak penyebaran wabak dalam kalangan komuniti.

“Sekarang, kita merekodkan seramai 415 pelatih yang dijangkiti. Saya berharap pelaksanaan PKPD ini dapat mengekang penyebaran dan melandaikan angka.

“Kita mahu menamatkan pandemik ini secepat mungkin,” katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat Bilik Operasi PKPD, semalam

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021

Suara Sarawak