MUKAH: Belia dari Kampung Tellian Ulu, Tengah dan Tradisi berganding bahu meluaskan laluan di Sungai Tellian.
Ini kerana wujudnya ‘Pulau Mulong’ apabila rumpun anak mulong tumbuh dan runtuh sehingga hanyut mengikut aliran air Sungai Tellian.
Pulau Mulong tersebut tersadai di tengah-tengah laluan Sungai Tellian dan muara Sungai Melai.
Oleh itu, Penghulu Kampung Tellian Bonaventure Juana meminta bantuan para belia untuk meluaskan laluan.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama para belia yang tampil membantu.
“Kini laluan sungai boleh dilalui seperti biasa,” ujar Bonaventure.
Sungai masih lagi penting dalam kalangan penduduk kampung di sini, terutama untuk para petani dan nelayan sungai.