ARTIKEL

Arulldas Sinnappan

Pulau Pinang ‘gedung kelahiran’ akhbar sebelum Perang Dunia Kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan bangunan warisan, keunikan makanan dan pembangunan moden, malah kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.

Namun, ramai tidak mengetahui bahawa Pulau Pinang pernah memberikan sumbangan terbesar kepada institusi percetakan dan media, khususnya industri akhbar selaras dengan kemajuan teknologi media yang sedang berkembang pesat pada abad ke-19 dan ke-20 ketika itu.

Pulau Mutiara juga pernah menjadi pusat perkembangan institusi percetakan di negara ini.

Akhbar pertama yang dicetak di Malaysia dikenali sebagai ‘The Prince of Wales Island Gazette’ pada 1806 adalah di negeri itu.

Wartawan veteran di Pulau Pinang, Arulldas Sinnappan, yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan hampir 44 tahun, berkata apabila melihat sejarah dan kajian, kebanyakan surat khabar di Malaysia bermula di Pulau Pinang, termasuk akhbar Melayu, Inggeris dan Tamil.

Beliau, yang berusia 70 tahun dan memulakan kerjaya dengan akhbar ‘Tamil Osai’ pada 1980, berkata penyelidikan yang dilakukannya ketika ini mengenai sejarah orang India sempena sambutan 100 tahun penubuhan ‘Penang Indian Chamber’ mendapati Pulau Pinang pernah menjadi ‘tools for news’.

“’Penang Gazette’ ditubuhkan pada 1923, malah semua akhbar Tamil turut berasal dari negeri ini.

“Kemudian, saya juga dapat tahu yang hingga tahun 70-an sebelum penubuhan akhbar ‘The Star’, ‘Straits Echo’ juga turut berasal dari Pulau Pinang, iaitu surat khabarpaling disukai ramai pada ketika itu.

“Jadi, saya boleh katakan, dari zaman dahulu lagi, Pulau Pinang sentiasa menjadi pusat ramai pembaca berita, dalam erti kata lain Pulau Pinang ini ‘tools for news’ kepada rakyatnya,” katanya kepada BERNAMA.

Menurut Jurnal ‘Pulau Pinang Bandar Percetakan Awal Negara’ oleh penulis negara dan bekas pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr Jelani Harun, terdapat puluhan akhbar dan majalah diterbitkan antara 1894 hingga 1940 sekali gus menjadi asas operasi institusi percetakan yang awal di Pulau Pinang.

hingga akhir Perang Dunia Kedua (1942), tidak kurang daripada 20 syarikat percetakan wujud dan beroperasi di Pulau Pinang, dan kemajuan negeri ketika itu turut menjadi tarikan kemasukan pengarang serta penerbit berpengalaman dari Sumatera, seperti Muhammad Yunus Abdul Hamid.

Menurut jurnal tersebut, terdapat beberapa faktor utama mendorong kemunculan negeri itu sebagai bandar percetakan awal negara, termasuk menjadi sebuah Negeri-Negeri Selat yang berkembang pesat sehingga menjadi bandar dagang kosmopolitan serta moden selain Singapura.

“Kewujudan pelbagai institusi percetakan di Pulau Pinang telah memberi kesan dalam kelahiran beberapa buah akhbar dan majalah yang berpengaruh ketika itu, termasuk dalam menyediakan ruangan khusus tentang bahasa dan sastera,” menurut jurnal itu.

Antara akhbar yang beroperasi di Pulau Pinang sejak 1894 termasuk ‘Tanjung Penegeri’ (1894) yang dicatatkan sebagai akhbar paling awal terbit di negeri berkenaan, diikuti ‘Pemimpin Warta’ (1895), ‘Chahaya Pulau Pinang’ (1898), ‘Lingkungan Bulan’ (1900), ‘Bintang Timur’ (1900), ‘Idaran Zaman’ (1925), ‘Suara Melayu’ (1926), ‘Saudara’ (1928) dan ‘Pemimpin Melayu’ (1933).

Meskipun sarat dengan sejarah akhbar konvensional, industri media di Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada mengharungi cabaran berikutan kebanjiran berita daripada media sosial dan media digital, terutamanya platform asing yang tidak mempunyai pengarang.

Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Mohd Iskandar Othman, berkata media turut berdepan saingan sengit khususnya dalam aspek pemberitaan bertanggungjawab di media sosial.

“Dunia kewartawanan hari ini memang sangat mencabar apatah lagi dengan kehadiran wartawan media sosial atau warga siber yang laju menyebarkan berita tanpa mempedulikan kesahihan maklumat, hanya memikirkan ‘rating’ dan penonton yang dipercayai masyarakat.

“Situasi ini sudah tentu menjadi cabaran besar buat pengamal media konvensional kerana kita juga perlu cepat untuk menangkis maklumat tersebut,” katanya.

‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ telah diangkat sebagai tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mei di Kuching, Sarawak, anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selaku agensi pelaksana. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu