ARTIKEL

Pulau Pinang sasar jana potensi jualan padanan perniagaan RM130 juta di PIHEC 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasar menjana potensi jualan sesi padanan perniagaan bernilai RM130 juta pada Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata jumlah sasaran itu meningkat 30 peratus berbanding semasa penganjuran PIHEC tahun lepas iaitu sebanyak RM100 juta.

“Pada tahun ini jumlah penyertaan meningkat dan sebanyak 351 reruai disediakan bagi acara tahunan yang memasuki kali ke-12 ini dan berdasarkan daripada itu, kita percaya potensi jualan menerusi padanan jualan juga meningkat kerana tahun lepas hanya lebih 100 reruai sahaja menyertai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian PIHEC 2023, di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Abdul Halim berkata, seramai 400 delegasi dari dalam dan luar negara menyertai ekspo tersebut iaitu dari Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah manakala peserta dari luar negara termasuk China, Chile, Sepanyol, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. 

Menurutnya, PIHEC 2023 juga diharap dapat menyediakan akses pasaran kepada pelbagai sektor dalam industri halal serta menjadi platform jaringan bagi kalangan usahawan tempatan serta rakan global mereka untuk menembusi pasaran baharu terutamanya China dan Timur Tengah.

“Kali ini lebih 80 delegasi dari China menyertai PIHEC 2023 dan saya percaya ini merupakan peluang bagi usahawan dalam industri halal untuk meneroka pasaran di sana, dalam masa sama juga kita tidak lupa untuk berkolaborasi dengan negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Justeru, beliau berharap usahawan yang menyertai ekspo itu mampu memaksimumkan rangkaian mereka melalui padanan perniagaan PIHEC 2023 untuk mengenal pasti rakan perniagaan baharu yang berpotensi.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, empat topik utama akan dibincangkan semasa persidangan tersebut iaitu Prospek Industri Halal, Logistik di ASEAN, Peranan Wanita dalam Sektor Halal serta Masa Depan Inovasi Teknologi dalam Sektor Halal.

Selain itu, katanya, PIHEC pada kali ini juga turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu kepada usahawan antaranya adaptasi kepada teknologi dan keusahawanan digital untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan teknogi baharu tersebut.

Kira-kira 20,000 pengunjung disasar menghadiri PIHEC 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Baru dekat sini yang bermula semalam sehingga Ahad. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh hab perdagangan serantau

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai

Sarawak dijangka tarik pelaburan AS$1 bilion

BANGKOK: Sarawak dijangka menarik pelaburan mencecah AS$1 bilion atau kira-kira RM4.07 bilion menerusi pembangunan industri hiliran berasaskan gas sekali gus memperkukuh usaha negeri ini memaksimumkan

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi