ARTIKEL

Pulau Sawa juara Kontinjen Perarakan Karnival Gawai Dayak 2023 Kampung Sungai Barie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Kontinjen Pulau Sawa merangkul gelaran juara pertandingan Perarakan Karnival Gawai Dayak 2023 Kampung Sungai Barie Batu 27 Jalan Kuching Serian yang berlangsung di sini, bermula jam 8 pagi tadi.

Pasukan dengan jumlah peserta perarakan terbesar iaitu lebih 50 orang ahli berjaya menambat hati juri pertandingan berbanding dua pasukan lain turut serta iaitu Pasukan Zon C RH Panjai Kpg Sungai Barie dan Zon dua Ejau Lalayang.

LANCAR…Ketua Kaum Kampung Sungai Barie, Ambrose Budet melakukan simbolik Flag Off sebelum perarakan Karnival Gawai Dayak 2023 Kampung Sungai Barie dimulakan

Menurut Ketua Kaum Kampung Sungai Barie, Ambrose Budet, acara julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih separuh daripada penduduk kampung sendiri.

“Program dijalankan bertujuan menyatupadukan penduduk selaras dengan tema negara ‘Segulai Sejalai’ dan kita amat berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pihak berkaitan.

BERCAKAP…Ketua Kaum Kampung Sungai Barie, Ambrose Budet

“Diharapkan dengan penyertaan memberangsangkan pada program pemula ini kita dapat melaksanakannya sebagai acara tahunan di kampung Sungai Barie,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam acara tersebut, ksemua peserta pasukan Zon Pulau Sawa dilihat mengenakan baju tradisi masing-masing yang pelbagai iaitu pakaian tradisional iban, bidayuh di samping membawa alat muzik tradisional masyarakat iban.

Baca lain  698 kes positif baharu Covid-19, empat kes kematian

Perarakan melibatkan lebih 200 ahli daripada tiga kumpulan pertandingan serta penduduk kampung Barie menyaksikan upacara perarakan berjalan meriah.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU