ARTIKEL

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam konservasi di seluruh benua, kata NGO African Parks.

Badak sumbu putih selatan menjadi sasaran pemburuan haram sehingga hampir pupus pada akhir abad ke-19 tetapi beransur-ansur pulih selepas berdekad-dekad usaha perlindungan dan pembiakan.

“Rancangan bercita-cita tinggi untuk menempatkan semula 2,000 badak sumbu putih selatan ke kawasan terlindung yang selamat akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata NGO yang berpangkalan di Johannesburg itu pada Khamis.

Sebanyak 40 ekor badak sumbu pertama disumbangkan kepada Munywana Conservancy di wilayah KwaZulu-Natal untuk meningkatkan populasi badak sumbunya dalam projek yang dinamakan ‘Rhino Rewild’. Kerajaan Afrika Selatan amat menyokong inisiatif itu, kata Menteri Alam Sekitar Barbara Creecy.

Pada September tahun lalu, African Parks, iaitu sebuah organisasi tidak berasaskan untung yang dibiayai oleh penderma termasuk EU, USAID dan yayasan antarabangsa bebas, membeli ladang badak Afrika Selatan seluas 7,800 hektar, yang terbesar di dunia, yang menjadi rumah kepada 2,000 haiwan.

Afrika Selatan, yang menjadi habitat bagi hampir 80 peratus badak sumbu dunia, adalah kawasan pemburuan haram yang didorong oleh permintaan dari Asia, yang menggunakan tanduk haiwan itu dalam perubatan tradisional untuk kesan terapeutiknya. – AFP

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU