ARTIKEL

Warga i-CATS semasa program edaran bubur lambuk.

Pupuk kemahiran insaniah pelajar I-CATS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Di sebalik kesibukan umat Islam melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Koleh Universiti I-CATS tidak melepaskan peluang mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk sempena Ramadan tahun ini.

Ia merupakan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Kampus Kolej Universiti I-CATS dengan kerjasama pelajar Fakulti Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan.
Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS Profesor Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Adruce yang diwakili Penolong Naib Canselor Profesor Dr Abu Hassan Md Isa berkata, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan memupuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

“Program ini dapat dijadikan platform kepada pelajar supaya mempunyai jalinan baik dengan komuniti.

“Selain itu, melahirkan modal insan yang baik, produktif dan seimbang dari segi rohani dan intelektual,” jelasnya.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Agung SABERKAS yang juga ADUN Daro Shafiee Ahmad.

Shafiee Ahmad menyerahkan bubur lambuk kepada warga i-CATS.
Shafiee Ahmad bergambar kenangan bersama Profesor Dr Abu Hassan Md Isa serta
warga i-CATS.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU