ARTIKEL

Pupuk minat dalam bidang penerbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Seramai lebih 80 pelajar menyertai Program Jelajah Lapangan Terbang Sekolah MyAirport CARES yang diadakan di Lapangan Terbang Mukah, di sini.


Pelajar yang terlibat merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Patrick Mukah.

Pengurus Malaysia Airport Sdn. Bhd. (MASB) Mukah Bolkurie Awang berkata, program ini merupakan inisiatif Unit Komunikasi Korporat bersama pihak Lapangan Terbang Mukah.

“Ia bertujuan untuk menjalinkan hubungan lebih kukuh antara pihak lapangan terbang dengan komuniti sekitar terutamanya di kawasan Mukah.

“Selain itu, ia juga memupuk minat generasi muda dalam bidang penerbangan,” katanya.

Mengulas lanjut, jelasnya, dalam program tersebut, pelajar diberikan pendedahan untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai operasi lapangan terbang dan industri penerbangan dari perspektif Malaysia Airports.

Program tersebut dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,800 pelajar sekolah rendah dan menengah.


Ia dilaksanakan sejak September lalu hingga Disember ini dan diadakan di seluruh negara.

Tambahnya, program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Lestari.

Hadir sama Ketua Unit Keselamatan MASB Mukah Halman Nan, Pegawai Bomba Unit Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Mohd Daniel Abdullah, Guru Besar SK Kampung Petanak Mohd Nazri Mohtar dan Pengetua SMK St. Patrick Silvester Alan William.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil