ARTIKEL

Pupuk nilai prihatin, kepimpinan diri pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Seramai 38 pelajar Program Diploma Akauntasi (DAT) Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah (PMU) menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Diploma Akauntansi bersama Jabatan Agama Islam, baru-baru ini.

Program CSR itu yang turut disertai 13 pensyarah program DAT diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Agama Islam Bahagian Mukah.

Menurut kenyataan PMU, program ini salah satu program yang dapat memupuk nilai-nilai kepimpinan dan keprihatinan dalam diri pelajar.

“CSR ini juga diadakan untuk menyumbang hasil dan impak positif kepada komuniti setempat selari dengan misi kedua PMU iaitu menghasilkan graduan holistik yang seimbang.

“Melalui program ini, ia juga dapat membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu sama lain,” katanya.

Rombongan pelajar dari PMU disambut oleh kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak serta Jabatan Agama Islam Bahagian Mukah.

Program yang diadakan selama lima jam itu juga berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak berkenaan.

Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah Muhammad Adib Saini dan Hakim Syarie Azhar Abdullah antara yang turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

128 rumah di Tasik Biru dapat bekalan air bersih

BAU: Sebanyak empat kampung melibatkan 128 buah rumah di konstituensi Tasik Biru bakal menikmati bekalan air bersih pada pertengahan tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan