ARTIKEL

1. MERIAH...Ahli Jawatankuasa Sukaneka Sebandi Lot dan para peserta merakam gambar kenangan sewaktu program berlangsung

Pupuk perpaduan menerusi sukaneka permainan tradisional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ASAJAYA: Sukaneka Kampung Sebandi Lot melakar sejarah tersendiri selepas aktiviti komuniti itu berjaya menarik lebih 300 peserta terdiri daripada penduduk pelbagai peringkat umur.

Tidak ketinggalan juga golongan belia terdiri daripada para pelajar sekolah turut serta memandangkan penganjuran program dilaksanakan seiring hujung minggu pertama musim cuti persekolahan.

Sukaneka berkonsepkan permainan tradisional termasuk baling kelapa, timang raga dan lari berguni sekali gus menjadi acara tumpuan orang ramai untuk menyertai program terbabit.

Ketua Kampungnya, Fauzi Tegak berkata, aktiviti riadah itu bertujuan menyemarak gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian di samping memperkukuh semangat kejiranan para penduduk kampung.

MANTAP…Salah seorang peserta kanak-kanak kelihatan gigih melakukan balingan kalapa tua yang menjadi salah satu aktiviti yang dilanjurkan sempena Sukaneka Sebandi Lot

Pada masa sama katanya, sebagai pendedahan khususnya kepada warga belia di kampung Sebandi Lot tentang acara dan permainan tradisional yang biasa dimainkan pada masa dahulu.

“Bersyukur kerana masyarakat di sini, baiknya golongan veteran, dewasa, remaja, mahupun kanak-kanak mereka berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta toleransi sesama mereka sepanjang aktiviti program berjalan.

“Saya berharap agar seluruh warga kampung Sebandi Lot akan terus mengekalkan semangat perpaduan dan kejiranan yang tinggi di masa akan datang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tegasnya, penganjuran program tersebut membuktikan belia mampu terlibat secara aktif dalam aktiviti riadah sekiranya pendedahan yang baik ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

BERSAMA…Para peserta Sukaneka Sebandi Lot terdiri daripada pelbagai lapisan umur

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,