Trending

Pupuk pertumbuhan bakat penerbangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lawatan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin bersama-sama delegasi dari Sarawak ke ibu pejabat MASWings Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu, Sabah merupakan lawatan pertama selepas memeterai perjanjian persefahaman (MOU) mengenai pemerolehan saham dalam MASWings.

Perjanjian tersebut telah dimenterai antara Kerajaan Sarawak dan Hornbill Skyways Sdn. Bhd. pada 27 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Sarawak, delegasi menerima taklimat komprehensif daripada Ketua Pegawai Operasi MASWings, Suresh Singam dan ahli pengurusan tertinggi yang lain berhubung operasi MASWings Sdn. Bhd.

“Delegasi turut melawat ke hangar penyelenggaraan pesawat, selain menteri berkenaan mengadakan sesi dialog dengan kakitangan operasi MASWings.

“Diikuti, lawatan ke KKIP Aerospace Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh anak syarikat KKIP Sdn. Bhd. dan Kerajaan Sabah.

“Syarikat tersebut pakar dalam pesawat latihan penyelenggaraan dan kursus berkaitan penerbangan.

“Tujuan lawatan ini untuk mendapatkan pemahaman yang komprehensif tentang industri latihan penerbangan dan meneroka peluang kerjasama, khususnya dalam memupuk pertumbuhan bakat penerbangan di Sarawak,” katanya semalam.

Terdahulu, Lee telah mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak dalam kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Dalam kunjungan tersebut, Lee bersama-sama Shahelmey berkesempatan membuat pertukaran idea dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pembangunan pengangkutan di Sarawak dan Sabah.

Delegasi disertai Timbalan Peguam Negara Sarawak Datuk John Wayne Chamberlin Sirau, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Selamat Jati Yanjah, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Julin Alen dan lain-lain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

25 Nov 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol