Trending

Pupuk toleransi penduduk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DARO: Adun Daro Safiee Ahmad menyempurnakan Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Daro 2023 Siri 2 di Surau Kampung Badong, di sini, kelmarin.

Siri dua ini adalah bagi kawasan Kampung Badong dan Saberkas Cawangan Daro melaksanakan agihan tersebut kepada penduduk dari 10 kampung di Daro. Safiee yang juga Setiausaha Agung Saberkas Sarawak berkata, program sebegini memberi impak kerjasama antara belia dengan komuniti untuk memupuk semangat toleransi bersama-sama penduduk setempat.

“Semenjak Saberkas Daro diaktifkan semula, ia menjadi platform untuk golongan belia bergerak aktif di kawasan ini dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan,” katanya.

Program ini adalah anjuran bersama Unit Saberkas Kampung Badong, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Badong, Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Badong. Dalam pada itu, 150 orang menghadiri program ini dan menerima agihan bubur lambuk tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru