ARTIKEL

Purata 20,000 pelawat Malaysia setiap hari ke Hatyai masa cuti hujung tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Pelawat dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun, menyumbang lebih 2 bilion Baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.

Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla, Hatyai (Hatyai Songkhla Hotels Association), Sitthipong Sitthiprapha berkata daya tarikan Hatyai yang tidak dapat dinafikan terletak pada gabungan pilihan makanan yang enak dan beraneka, akses yang mudah dan pilihan penginapan pada harga berpatutan yang menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Beliau berkata Hatyai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi kegemaran bagi penggemar pelancongan yang mencari percutian yang menarik dan mesra bajet.

Pada hari biasa sepanjang tahun, beliau berkata Hatyai pada kebiasaannya menikmati aliran stabil kira-kira 5,000 pelawat Malaysia setiap hari, meningkat dua kali ganda kepada hampir 10,000 pada hujung minggu.

“Hatyai mengalami peningkatan yang ‘menggembirakan’ dalam bilangan pengunjung dari Malaysia sepanjang musim cuti hujung tahun.

“Pada hujung minggu musim puncak (Krismas dan Tahun Baru), Hatyai menerima purata 20,000 rakyat Malaysia setiap hari, manakala pada hari biasa terdapat kira-kira 10,000 pelawat.

“Semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru, perbelanjaan purata pelancong Malaysia bagi setiap perjalanan mencecah 10,000 baht bagi setiap orang.

“Oleh itu pelancong Malaysia dianggarkan menyumbang kira-kira 2 bilion baht kepada ekonomi Hat Yai semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru ini,” katanya kepada Bernama.

Sitthipong juga menyatakan hotel Hatyai telah menyaksikan lonjakan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan penginapan di pusat bandar, kawasan popular untuk pelancong Malaysia, ditempah sepenuhnya semasa kemuncak minggu percutian.

Beliau berkata Hatyai kini mempunyai kira-kira 20,000 bilik, termasuk 8,000 hingga 12,000 yang tertumpu di pusat bandar.

Kementerian Pelancongan dan Sukan berkata Thailand menyambut 27.25 juta pelancong dengan pelancong Malaysia mendahului senarai dengan 4.43 juta, diikuti oleh China (3.41 juta) dan Korea Selatan (1.6 juta), India (1.58 juta) dan Rusia (1.42 juta), setakat 24 Dis lepas.

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU