CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Purata 350 kes gigitan anjing sebulan di Sarawak.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Vaksin Anti-rabies

KUCHING: Sebanyak 72 kawasan di 11 daerah di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan wabak berdasarkan rekod bermula 4 Julai 2017 hingga 26 September tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Stephen Gabriel berkata, secara purata sebanyak 350 kes akibat gigitan anjing dalam masa sebulan.

“Setakat ini terdapat 35 kes membabitkan individu yang terkena jangkitan rabies di Sarawak dengan 33 daripadanya telah meninggal dunia,” katanya ketika bercakap dalam sambutan Hari Rabies Dunia 2021, hari ini.

Jelas beliau, jumlah tersebut merupakan angka yang tinggi dan pihaknya kini giat berusaha membendungnya daripada terus meningkat.

Dedahnya, 80 peratus anjing di negeri ini merupakan anjing perliharaan yang mempunyai tuan namun diberikan kebebasan bergerak di kawasan awam.

Sementara itu katanya, untuk tempoh 2017 hingga 2019, sebanyak 65 peratus anjing peliharaan dan tidak bertuan telah diberikan vaksin di Sarawak.

“Sekiranya 70 peratus anjing dapat divaksin di Sarawak maka kita mampu membendung rabies daripada terus berleluasa,” katanya.

Baca lain  1,182 kes masih menunggu ujian makmal

Namun jelasnya, semenjak penularan Covid-19 pergerakan agak terbatas menyebabkan gerak kerja pemvaksinan tidak dapat dilakukan secara keseluruhan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru