Trending

Pusa United bertembung Semarang Village di pentas akhir Bola Sepak 9 Sebelah Piala Razi 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PILIHAN JUARA…Pusa United.

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong, Piala Razi 2022 bakal melabuh tirainya petang esok.

Perlawanan akhir tersebut membabitkan dua pasukan handalan iaitu Pusa United dan Semarang Village yang berjaya mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir.

Pengerusi Kejohanan, Saiful Hanizam Suhini memberitahu, pertembungan hebat pada jam 2.30 petang itu bakal disaksikan peminat sekitar Betong khususnya mereka yang hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

“Pihak kita menjangkakan satu perlawanan akhir yang hebat akan dipamer pemain kedua-dua pasukan itu nanti,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau juga percaya peluang seimbang bagi kedua-dua pasukan itu untuk mencipta sejarah dalam menjulang mahkota juara.

Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah kepada pasukan berjaya akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti.

PESAING HEBAT…Semarang Village.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru