ARTIKEL

Foto FB Sarawak Timber Industry Development Corporation

PUSAKA lakar kejayaan dalam anugerah perkhidmatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) melakar kejayaan apabila dinobatkan mendapat anugerah Gangsa dalam pertandingan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS).

Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 7 Februari 2024 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Aminah Morshidi berjaya mengharumkan nama PUSAKA kerana mendapat Anugerah Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2023.

Hari Perkhidmatan Awam 2024 dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kenyataan tersebut dikongsikan dalam Facebook rasmi Sarawak Timber Industry Development Corporation.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU