ARTIKEL

Pusat data hijau berskala besar bernilai RM17.6 bilion bakal diwujudkan di S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak sedang menilai cadangan mewujudkan pusat data hijau berskala besar bernilai RM17.6 bilion untuk membina ekosistem serta mempelbagaikan portfolio pelaburan digital.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia selari dengan inisiatif Sarawak kini yang menumpukan kepada usaha mempromosi ekonomi digital dan hijau.

“Sarawak semakin terkenal sebagai destinasi pelaburan digital susulan inisiatif memfokus kepada ekonomi hijau, memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan.

“Selain itu, kita juga mempromosikan usaha perdagangan karbon dan teknologi mitigasi serta penyesuaian iklim yang inovatif. Ia bagi mencapai cita-cita menjadi peneraju serantau dalam inovasi dan ekonomi berasaskan teknologi,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, hari ini.

Dalam laporan akhbar pada September lalu, penyedia penyelesaian tenaga bersih Solarvest Holdings Bhd, CENTEXS, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan GreenBay CES Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman di Beijing, China bagi mewujudkan sebuah lapangan ujian pusat data hijau dan program latihan berskala besar di Sarawak.

Sementara itu katanya, berdasarkan angka awal suku ketiga tahun ini, Sarawak merekodkan pelaburan bernilai RM16.69 bilion dengan sektor pembuatan menyumbang 68 peratus dan menarik pelaburan bernilai RM11.37 bilion, daripada 73 projek terutamanya produk mineral bukan logam, produk logam asas serta elektrik dan elektronik.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU