Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima penghuni baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Saddamiah kelihatan membawa bayinya ke platform memberi makan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh pada Selasa lalu (7 Mac).
Saddamiah kelihatan membawa bayinya ke platform memberi makan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh pada Selasa lalu (7 Mac).

KUCHING: Pusat Hidupan Liar Semenggoh menerima penghuni Orang Utan baharu iaitu bayi kepada Saddamiah.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata Saddamiah kelihatan membawa bayinya itu ke platform memberi makan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh pada Selasa lalu (7 Mac).

Katanya Saddamiah kali terakhir dilihat di kawasan itu pada Isnin, 6 Mac lalu.

“Kontroler Hidupan Liar dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bayi Orang Utan itu adalah anak ketiga Saddamiah selain Ruby yang berusia 10 tahun dan Sigat yang berusia lima tahun.

“Kelahiran ini merupakan satu lagi peristiwa penting dan bukti kejayaan usaha pemuliharaan oleh SFC dan Kerajaan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain Saddamiah, Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga menempatkan 27 Orang Utan separuh liar yang lain.

Justeru, SFC mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Program Anak Angkat Orang Utan dan memainkan peranan dalam pemuliharaan biodiversiti.

Bagi menyertai program tersebut, sila layari pautan https://semenggoh.my/adopt-orangutan/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Orang ramai juga boleh datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat Orang Utan di situ.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru