ARTIKEL

UGGAH menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr Johnny Pangkas yang telah berpindah ke Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching pada Majlis Makan Malam Penjawat Awam Peringkat Bahagian Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan

Pusat insinerator tangani isu alam sekitar susulan pembangunan pesat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kesemua pekan utama di Bahagian Betong dirancang untuk mempunyai pusat insinerator masing-masing bagi menangani isu alam sekitar kesan pembangunan pesat kelak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menzahirkan kebimbangan terhadap impak transformasi pertumbuhan bahagian ke-12 ini.

Dengan kemajuan dan kemakmuran yang lebih besar menurutnya, dijangka akan timbul isu alam sekitar yang sukar dielakkan.

“Akan ada peningkatan sisa isi rumah dan komersial yang dihasilkan. Bagaimanapun, kita tidak boleh bergantung kepada tapak pelupusan sampah untuk cabaran itu.

“Justeru, saya fikir relevan untuk mempunyai insinerator di semua pekan utama di Bahagian Betong. Kita akan bermesyuarat tidak lama lagi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Penjawat Awam Peringkat Bahagian Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, malam tadi.

Jelasnya, kewujudan pusat insinerator adalah alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal kerana ia membabitkan ruang yang kecil berbanding tapak pelupusan, di samping dapat mengurangkan masalah bau dan isu air larut resap.

“Usaha tersebut penting supaya Bahagian Betong kekal hijau, bersih dan menjadi tarikan pelancong. Menjadi harapan kita agar bahagian ini menjadi antara yang paling bersih di negara ini,” ujarnya.

UGGAH menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas Timbalan Residen Bahagian Betong Abang Mohamed Abang Turkey pada majlis sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.