ARTIKEL

Sim ketika merasmikan majlis pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini. (Foto oleh Mohd Alif Noni)

Pusat Kanser Sarawak perlu siap segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu memastikan pembinaan Pusat Kanser Sarawak dapat dilaksanakan segera sebelum tempoh jawatannya tamat sebagai Premier.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang berkata bahawa Premier bukan sahaja ingin memastikan ia dibina, malah ia perlu siap sepenuhnya (sebelum tempoh jawatan Premier tamat).

Sim berkata, pembinaan pusat kanser ini penting kerana kanser merupakan penyakit kedua yang paling utama selepas penyakit jantung di negeri ini.

“Dan itulah sebabnya Premier sangat menyokong ini (penubuhan pusat kanser Sarawak), malah ketika kunjungan hormat Kementerian Kesihatan (KKM) kepada Premier (Januari lalu) beliau menegaskan untuk melihat pusat ini disiapkan semasa beliau masih memegang jawatan Premier.

“Saya rasa itu mesej yang sangat kuat, yang menunjukkan komitmen beliau terhadap kesihatan masyarakat dan oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan adalah penting.

“Sekarang, ia bergantung kepada perbincangan di peringkat Premier dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai pilihan kewangan,” katanya.

Baca lain  34 nelayan setempat terima sumbangan Kasih Ramadan

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.

Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, projek untuk membina Pusat Kanser Sarawak ini sudah diumumkan di peringkat Parlimen oleh Perdana Menteri.

“Justeru, kami berharap agar pelaksanaan projek dapat berlangsung dengan cepat. Premier sebelum ini juga mendedahkan bahawa Sarawak bersedia menyediakan dana sebanyak RM1 bilion sebagai alternatif.

“Namun, jumlah sebenar dana masih bergantung kepada keperluan dan kehendak yang diperlukan, dan kita juga tahu bahawa tidak semua perkara percuma,” tambahnya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,