ARTIKEL

Razaili Gapor | BERNAMA

Pusat komersial moden di Pusa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELADIN: Pusat komersial berciri moden di samping pusat konvensyen yang canggih dirancang untuk dibangunkan di Pusa dalam usaha merancakkan aktiviti ekonomi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Beting Maro, Razaili Gapor berkata, pertumbuhan sesuatu kawasan kini dibuat untuk melangkaui pembangunan infrastruktur.

“Dengan tumpuan ke arah memperkukuhkan aktiviti ekonomi, kita mempunyai rancangan menubuhkan pusat komersial moden dan pusat konvensyen canggih di Pusa.

“Projek yang dicita-citakan dan berimpak tinggi ini disenarai untuk dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di bawah fasa kedua dengan menyediakan hab untuk perniagaan dan perhimpunan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan ketua masyarakat dan ketua kaum serta Ketua Ranting Parti PBB di Beladin, baru-baru ini.

Jelasnya, skop kerja yang digariskan dalam rancangan pembangunan adalah menyeluruh dan memberi impak.

Dengan peruntukan yang besar daripada BDDA serta kepimpinan yang berwawasan, Razaili yakin kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro bersedia untuk ditransformasi secara luar biasa.

Terdahulu beliau mendedahkan bahawa projek yang disenarai dalam fasa pertama BDDA telah diluluskan.

“Antaranya pembinaan tebingan sungai berhampiran medan selera di Pusa, akan dibangunkan dengan peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan estetika kawasan itu.

“Di samping RM11 juta untuk pembangunan tebingan sungai di kawasan perkuburan Kampung Kalok.

“Dengan peruntukan RM5 juta lagi, jalan Kampung Batang Maro akan dinaik taraf demi memastikan penduduk menikmati infrastruktur perhubungan yang lebih lancar dan selamat,” ujarnya.

Razaili pada majlis sama menyampaikan geran RM538,500 kepada pertubuhan berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro.

Katanya, semua perbelanjaan perlu direkod dan dilaporkan kepada Pejabat Premier Sarawak, selain digunakan sebaiknya bagi pelaksanaan aktiviti yang berfaedah.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau