Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pusat komersial modenkan Matu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MATU: Projek pembinaan pusat komersial Matu bukan sahaja mengubah wajah daerah ini tetapi bakal menyediakan peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kewujudan pusat komersial itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan Sarawak bagi memastikan daerah ini tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Selain berwajah moden katanya, kemudahan berkenaan juga akan memperkasakan potensi ekonomi Matu dalam industri hiliran.

“Pembangunan jangka panjang daerah ini memerlukan peruntukan besar. Sehubungan itu, kita menggunakan pelan utama yang lebih strategik demi manfaat seluruh rakyat.

“Sehubungan itu, kita tidak lupa untuk membangunkan infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan selain memberi tumpuan terhadap prasarana digital bagi menampung keperluan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penangguhan Pesta Matu 2019 Ke- 28, Majlis Perasmian Gawai Raya Daerah Matu, Majlis Pecah Tanah Projek Pusat Komersial Matu dan Perasmian Masjid Daerah Matu di sini, semalam.

Pada majlis sama beliau meluluskan peruntukan RM2 juta untuk melaksanakan pembersihan sungai Matu dalam usaha mengurangkan risiko banjir kerap dialami penduduk terutama pada musim tengkujuh.

Baca lain  Dua kluster baharu melibatkan tempat kerja

Sumbangan peruntukan itu katanya disalurkan demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

“Pada masa yang sama pelbagai lagi program pembangunan akan dilaksanakan untuk penduduk daerah ini. Kita terus berusaha bagi memastikan daerah ini membangun dalam pelbagai sudut.

“Sehubungan itu, saya menggesa penduduk Matu agar terus bersatu dan memberikan kerjasama agar semua perancangan pembangunan ini dilaksanakan dengan lebih lancar,” katanya.

Pelaksanaan projek pusat komersial Matu yang dibangun dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM16.5 juta dijangka bermula Oktober tahun ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru