NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Pusat latihan asah sifat kepimpinan anak muda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Fadillah minum pagi sekali gus menyantuni golongan belia dalam kawasan Parlimen Petra Jaya.

KUCHING: Wujudnya sebuah pusat latihan berkaitan program kepimpinan mampu mengasuh serta mendidik anak-anak muda untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa akan datang.

Susulan itu, Datuk Seri Fadillah Yusof berkongsi aspirasi untuk mewujudkan sebuah pusat latihan bertumpu kepada pembangunan kepimpinan diri dalam kalangan generasi muda di sekitar kawasan Petra Jaya.

Fadillah minum pagi sekali gus menyantuni golongan belia dalam kawasan Parlimen Petra Jaya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, program tersebut bukan sahaja untuk mengasah sifat kepimpinan dari aspek politik, tetapi juga dalam sektor lain.

“Kalau boleh, kita juga mahu mereka didedahkan di peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa supaya wujud barisan kepimpinan muda yang mahir.

KENANGAN… Fadillah bersama-sama belia kawasan Parlimen Petra Jaya bergambar selepas minum pagi di King Laksa Sarawak.

“Sekali gus, dapat menjadi penerus kepada perjuangan dalam memimpin Sarawak untuk menjadi negeri yang lebih maju. Itu harapan saya untuk generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan program minum pagi ‘Juh Bekpes Dengan FY’ bersama-sama anak muda dalam kawasan Parlimen Petra Jaya di King Laksa Sarawak Metro City, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Fadillah turut meluahkan harapan agar aspirasi tersebut dapat direalisasikan dalam penggal ini.

Baca lain  SMA agih tablet untuk pelajar kurang mampu

Sementara, beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan tersebut sempat meluangkan masa untuk bersarapan bersama-sama 45 orang anak muda berusia antara 18 hingga 28 tahun terdiri daripada Protem Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru