Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Pusat lombong Bitcoin diserbu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Sebuah rumah di kawasan Jalan Matang Batu Kawa, Moyan Jaya 2 di sini diserbu polis semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan perlombongan Bitcoin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata serbuan Op Mining – Bitcoin itu dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan kira-kira jam 2.45 petang.

“Aemasa serbuan, premis berkenaan didapati dalam keadaan berkunci serta tidak berpenghuni.

“Pasukan serbuan kemudian bertindak memotong mangga pintu dan memecah masuk ke dalam premis.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai mesin perlombongan Bitcoin dalam keadaan masih beroperasi di tingkat atas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah hasil pemeriksaan bersama-sama pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) juga mendapati penyambungan elektrik telah dilakukan secara haram iaitu daripada semua aliran pendawaian ke suis utama.

Aidil berkata pasukan serbuan turut merampas 93 unit mesin perlombongan Bitcoin, seunit CPU, seunit modem dan tiga kotak komponen gantian mesin perlombongan berkenaan.

Pasukan JSJ IPD Padawan semasa serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan Jalan Matang Batu Kawa, Moyan Jaya 2 kerana menjalankan kegiatan perlombongan Bitcoin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru