KUCHING: Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok, Padang Slpas di Jalan Muhibbah antara yang menjadi tumpuan apabila kebanyakan kenamaan membuang undi di sini, hari ini.
Antaranya ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka tiba sekitar jam 10 pagi di pusat tersebut bagi menunaikan kewajipan pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.
Selain itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga akan membuang undi di sini sekitar jam 10 pagi.
Sementara calon GPS Satok, Datuk Ibrahim Baki dijangka akan tiba untuk mengundi seawal jam 8 pagi.
Sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran dibuka di seluruh Sarawak pada hari ini bagi membolehkan 1,213,769 pengundi menunaikan tanggungjawab bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang.