ARTIKEL

Pusat panggilan judi bersembunyi di sebuah kondominium diserbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pusat panggilan judi dalam talian (JOL) haram yang bersembunyi di sebuah kondominium mewah di Jalan Lapangan Terbang tumpas hasil serbuan Pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kuching, semalam.

Kedua-dua pusat terbabit dikesan di dalam bangunan sama namun beroperasi secara berasingan iaitu berbeza tingkat kediaman hasil pemeriksaan sekitar jam 11.50 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, turut ditangkap seramai 11 suspek terdiri daripada lapan wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 19 hingga 36 tahun.

Dedah, lima daripada suspek merupakan warga asing dan hasil siasatan mendapati ada di antara mereka mempunyai dokumen perjalanan namun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti adakah dokumen terbabit masih sah atau sebaliknya.

Kesemua warga asing terbabit katanya dipercayai sudah lama bertapak di kawasan Kuching memandangkan sebelum ini mereka mengaku bekerja sebagai pelayan di premis-premis kedai dan restoran.

Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan turut didapati menjadikan kediaman itu sebagai tempat tinggal selain mengambil upah bertugas sebagai operator JOL haram dengan bayaran gaji sebanyak RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.

“Pusat panggilan JOL haram yang kita serbu telah beroperasi sejak tujuh bulan yang lepas. Berdasarkan siasatan awal pasukan khas, pusat ini telah mengaut keuntungan sebanyak RM1.68 juta dalam tempoh beroperasi.

“Untuk pusat panggilan kedua baru beroperasi tiga bulan lalu, semakan dan siasatan mendapati pengoperasian tersebut telah mengaut keuntungan sebanyak RM540,000 dalam tempoh tiga bulan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU