ARTIKEL

Pusat Pengumpulan Sehenti perkasa usahawan B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAWAT… Sekitar lawatan Datuk Seri Fatimah Abdullah di OSCC, di Kota Samarahan, hari ini. FOTO: ALIF NONI

KOTA SAMARAHAN: Penubuhan Pusat Pengumpulan Sehenti (OSCC) di Kota Samarahan bakal membantu memperkasakan usahawan mikro wanita dalam kalangan B40 di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, usahawan yang terlibat bukan sahaja dibantu dari segi pemasaran produk tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran masing-masing.

Katanya, Sarawak mempunyai lebih 1,000 usahawan di bawah ketegori B40 dan jumlah mereka sebenarnya lebih ramai berbanding usahawan besar yang lain.

“Justeru, saya percaya dengan bimbingan dan dorongan yang baik, usaha ini dapat memperkasa dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi ke OSCC, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, para usahawan tersebut juga akan diberikan latihan dan bimbingan melalui pendekatan inkubator bagi menjalankan aktiviti berkaitan pengeluaran produk, pembungkusan dan pemasaran digital.

Menurut Fatimah, produk-produk yang dikumpul akan melalui proses nilai tambah dengan kemudahan pembungkusan, pengredan dan akreditasi kualiti kandungan makanan serta pensijilan halal bagi meningkatkan kebolehpasaran dan harga yang kompetitif.

Dalam hal berkaitan, Fatimah memberitahu pusat tersebut juga dijangka akan mula beroperasi pada awal Januari 2024 dan akan menempatkan kira-kira 30 inkubator.

Bangunan OSSC yang siap pada Disember 2022 dengan kos RM7.3 juta itu terdiri daripada dua komponen iaitu infrastruktur bangunan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perundingan pengurusan serta operasi OSCC oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

BERCAKAP.. Datuk Seri Fatimah Abdullah berucap pada lawatan rasmi ke OSCC, di Kota Samarahan, hari ini. FOTO: ALIF NONI

BERITA LAIN

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja