Pusat perubatan swasta diminta sokong program vaksinasi

MIRI: Lebih banyak kemudahan perubatan swasta diperlukan untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini bagi mempercepatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, dengan penambahan PPV boleh meningkatkan lagi kapasiti bilangan penerima vaksin.

“Kita berharap pusat perubatan swasta dan klinik swasta lain di bandar raya Miri ini tampil membantu sebagai PPV sekali gus menjayakan program vaksinasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan Pakar KPJ untuk melihat persiapan program vaksinasi Covid-19 yang akan dijalankan di pusat perubatan ini pada 14 Jun nanti.

Adun Senadin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak turut mengucapkan terima kasih kepada KPJ kerana sudi bersama-sama dengan kerajaan menyertai program vaksinasi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak