HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pusat Redeems mempunyai daya tarikan, berpotensi majukan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RASMI…Abang Johari (tiga kiri) merasmikan pembukaan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Dewan Datuk Peter Nansian, Redeems, di sini. Turut kelihatan (dari kiri) Datuk Seri Dr Stephen Rundi, Sagah, Peter dan Datuk Henry Harry Jinep - Mohd Alif Noni

BAU: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems) mempunyai tarikan serta berpotensi membangunkan dan membantu memajukan negeri.

Demikian kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mendedahkan penubuhan Agensi Penyelaras Greater Kuching yang merangkumi kawasan Dun Bidayuh itu mencerminkan polisi kemajuan yang hendak dilaksanakan di kawasan agensi tersebut.

Malah katanya, kawasan itu juga mempunyai kelebihan kerana terletak di pinggir Kuching selain mempunyai infrastruktur sedia ada.

RASMI…Abang Johari (tiga kiri) merasmikan pembukaan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Dewan Datuk Peter Nansian, Redeems, di sini. Turut kelihatan (dari kiri) Datuk Seri Dr Stephen Rundi, Sagah, Peter dan Datuk Henry Harry Jinep – Mohd Alif Noni

“Anda mempunyai kemudahan asas dan ia akan dipertingkatkan sehingga ke tahap memperluaskan ART (Aliran Transit Autonomos) ke Serian.

“Mungkin ART satu hari nanti akan melalui sehingga ke Bau dan Telok Melano (Sematan),” katanya berucap sempena Pembukaan Rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Pusat Redeems, Kampung Apar di sini malam tadi.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Presiden Redeems Datuk Peter Nansian serta kenamaan yang lain.

TERIMA KASIH…Peter menerima replika cek daripada Abang Johari sempena perasmian pembukaan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Dewan Datuk Peter Nansian, Redeems, di sini – Mohd Alif Noni

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, pusat Redeems mempunyai potensi untuk melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.

Selain itu katanya, pusat Redeems mempunyai tarikan dari sudut pelancongan, budaya serta mobiliti berikutan terletak dipinggir Kuching.

“Kalau pelancongan, di sini ada tarikan, dari sudut budaya, di sini ada juga budaya. Dari segi mobiliti, anda berdekatan dengan Kuching termasuk lapangan terbang.

“Tetapi ia bergantung kepada kita untuk maju ke hadapan,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Abang Johari turut memperuntukkan RM3 juta kepada pusat Redeems.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang