Trending

Pusat Sumber Produk Asli, SBC hampir menyamai koleksi terbesar dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Yeo (lima kiri) bersama-sama Roland Sagah (tengah) dan tetamu kehormat lain memotong kek sebagai simbolik Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 SBC di BCCK, semalam.

KUCHING: Pusat Sumber Produk Asli, Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) kini mempunyai 22,000 strain mikrob hidup, yang hampir menyamai koleksi terbesar dunia iaitu koleksi budaya Pertanian dan BioSains Antarabangsa di United Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif SBC Dato Dr Yeo Tiong Chia berkata pada masa sama, pusat sumber itu juga mengumpulkan sebanyak 26,000 sumber tumbuhan yang dikaitkan dengan pengetahuan tradisional masyarakat di negeri ini.

“Untuk maklumat, koleksi budaya Pertanian dan BioSains Antarabangsa di United Kingdom, salah satu koleksi terbesar di dunia mempunyai lebih 30,000 mikrob hidup dari 142 negara.

“Maknanya di Sarawak, kita hampir menyamai salah satu daripada koleksi terbesar di dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 SBC di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn bagi mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi SBC Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menjelas lanjut, beliau berkata keunikan pusat sumber itu ialah ia turut dipautkan dengan Kecerdasan Buatan (AI), yang membantu pangkalan data kimia dan boleh membawa kepada kejayaan dalam pelbagai bidang seperti makanan dan bahan api.

“Organisasi yang membiayai penyelidikan ini akhirnya akan melihat nilai daripada aset biodiversiti ini,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru