KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu membina pusat tahanan sementara bagi menempatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan memasuki negeri ini dalam tempoh pandemik Covid-19.
Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Mustapha berkata, beberapa tempat sudah pun dikenal pasti dan diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dijadikan pusat tahanan sementara berkenaan.
“Cuma tempat belum ditentukan lagi, beberapa tempat di Kuching, Sibu dan Miri,” katanya pada sidang media Op Jala di pejabat Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Masja II di sini pada Rabu.
Menurut Mohamad Morshidi merangkap Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat ini terdapat seramai 58 pendatang tanpa izin sedang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di negeri ini.
Katanya, kesemuanya warga Indonesia, yang ditahan menerusi pemeriksaan Op Jala di 22 tapak pembinaan termasuk 14 premis kopitiam di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ujian pertama Covid-19 kesemua pendatang terbabit negatif. “Mereka masih dalam pusat tahanan.
Ujian calitan pertama yang dijalankan mendapati semuanya negatif. Kita menunggu untuk membuat calitan kedua,” katanya.
Mohamad Morshidi menambah selepas tamat tempoh kuarantin selama 14 hari, kesemua Pati itu akan ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Suspek kes bunuh pekerja ladang di Lundu ditangkap
KUCHING: Polis berjaya menangkap dua lelaki tempatan, yang disyaki suspek