ARTIKEL

Pusat WhatsApp mudahkan bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu akan menubuhkan Pusat WhatsApp untuk memberi keselesaan kepada golongan yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan pengagihan bantuan yang lebih sistematik dan cekap.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapa’ee berkata, sistem ini akan digunakan untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk di sekitar bandar Sibu sahaja.

“Bagi kawasan luar bandar, termasuk rumah panjang dan kampung di luar bandar ini, bantuan akan dihantar terus tanpa perlu memohon melalui Pusat WhatApps.

“Ini kerana kita tidak mahu orang luar bandar menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan makanan di kawasan bandar,” katanya pada sidang media di sini, petang kelmarin.

Terdahulu, Dr Annuar mempengerusikan Mesyuarat Bekalan Makanan Kerajaan Negeri Sarawak Bahagian Sibu di Pejabat Residen Sibu.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw serra agensi-agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu.

“Bagi penduduk bandar, pemohon perlu menyertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan menghantarnya kepada Pusat WhatsApp untuk pengesahan kami,” katanya yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.

Beliau berkata, pihaknya menghantar bantuan ke rumah pemohon, kerana pemohon tidak dibenarkan mengambil sendiri bantuan tersebut.

Jelasnya, pemohon digalakkan tinggal di rumah sahaja untuk menunggu bantuan.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, nombor Pusat WhatsApp itu akan dimaklumkan kemudian selepas semua bantuan makanan sudah sedia.

“Kami akan mula mengedarkan bantuan ini secepat mungkin, paling cepat esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200,000 bagi setiap kawasan Dun dan Sibu mempunyai lima buah Dun.

Menurutnya lagi, kira-kira 6,903 pintu rumah panjang termasuk empat perkampungan Melanau di lima kawasan Dun di Sibu akan me-nerima bantuan ini.

“Oleh itu, kami mempunyai peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan sekitar 20,000 bakul makanan bagi lima kawasan Dun ini, termasuk di kawasan luar bandar.

Yang paling penting, semua peruntukan tersebut akan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan tidak di bawah mana-mana wakil individu, parti atau pusat p erkhidmatan,” jelas Adun Nangka itu lagi.

Beliau berkata, dengan menga mbil kira mekanisma pengagihan bantuan, setiap Adun mempunyai pusat dan jawatankuasa bantuannya sendiri.

“Mengapa kita mengambil langkah ini? Kerana kita tidak mahu orang berkumpul di kawasan awam semasa tempoh PKP,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Solid Oil Palm Plantation Sdn Bhd Dato Ding Lian Cheon telah menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak selepas mesyuarat tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU