ARTIKEL

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di Wisma Sumber Alam, hari ini.

Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah berkata, enam ekor lembu dikorbankan hasil sumbangan bersama bagi program ini.

“Lembu yang telah dikorbankan bagi program ini yang merupakan sumbangan daripada kakitangan, pesara dan anak-anak syarikat PUSAKA.

“Daging korban ini akan diagihkan ke 13 buah kawasan di sekitar Kuching dan Kota Samarahan,”katanya kepada media sempena Program Ibadah Korban PUSAKA di sini, hari ini.

Tambahnya, aktiviti ini merupakan kali ke-16 dianjurkan dan turut dihadiri lebih 100 orang kakitangan dan anak-anak syarikat PUSAKA.

“Program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PUSAKA setiap tahun untuk meringankan beban golongan memerlukan.

“Ini juga dapat merapatkan silaturahim dengan penduduk setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha,”katanya.

Untuk rekod, PUSAKA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan memajukan industri perkayuan di Sarawak.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

BERITA TERBARU