ARTIKEL

BERSORAK... Ahli pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak muncul juara, sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Sarawak Regatta Sarawak 2023.

Puteri Dang Balai pertahan gelaran Raja Sungai Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan Puteri Dang Balai mencuri tumpuan sekali lagi setelah muncul sebagai Raja Sungai Sarawak, merangkul gelaran idaman dengan catatan masa 7 minit 4 saat.

Pasukan dari Yayasan Sarawak ini pada masa yang sama berjaya mempertahankan gelaran tersebut buat kali kedua, setelah memenanginya pada tahun lepas.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan hadiah kepada pengurus pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak, turut disaksikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengurus pasukan pemenang, Mohd Adzlie Ibrahim berkata bahawa kerja keras serta kerjasama padu dalam kalangan pengayuh menjurus kepada kemenangan tersebut.

“Kita membuat persediaan mantap selama dua bulan sebelum untuk menghadapi cabaran bagi mempertahankan gelaran Raja Sungai Sarawak pada tahun ini.

“Dan sudah tentu, usaha ini akan diteruskan bagi mencapai kemenangan berterusan pada acara yang sama pada tahun mendatang.

Yang penting, persiapan awal dilakukan untuk meraih kemenangan ini,” katanya ketika sidang media seusai Majlis Penutupan Regatta Sarawak 2023 di Tebingan Sungai Kuching, hari ini.

Sementara, perahu bernombor 34 itu meninggalkan pengayuh lain selepas bersaing sengit dengan pasukan-pasukan terlibat dalam aksi akhir tersebut.

Pasukan dari Yayasan Sarawak itu secara tidak langsung memenangi kategori utama Perahu Bidar 30 Pengayuh Lelaki, membawa pulang Piala Tuan Yang Terutama (TYT) dan wang tunai berjumlah RM30,000 berserta piala pusingan TYT.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada pengurus pasukan, turut disaksikan Tengku Permaisuri Norashikin dan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara, tempat kedua turut dimenangi Pasukan Puteri Dang Balai 8 dari Yayasan Sarawak mencatat masa 7 minit 8 saat, membawa pulang hadiah berjumlah RM20,000 berserta piala diikuti pasukan Udak 18 hanya berpuas hati menduduki tempat ketiga membawa pulang hadiah RM10,000 berserta piala dengan masa 7 minit 11 saat.

LAIN-LAIN BERITA

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU