ARTIKEL

Puting beliung landa selatan AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Kejadian puting beliung melanda negeri Arkansas di selatan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan tiga orang pada Jumaat, manakala ribut teruk di utara menyebabkan bumbung sebuah teater runtuh di Illinois, seorang maut dan 28 cedera, kata pihak berkuasa.

Puting beliung melanda negeri Arkansas pada sebelah petang, menyebabkan keadaan yang disebut oleh Gabenor Sarah Huckabee Sanders sebagai kerosakan meluas.

Menurut Sanders, dua orang terbunuh di bandar Wynne di bahagian timur Arkansas, manakala seorang pegawai di Pulaski County mengesahkan kematian di sana.

“Kerosakan besar berlaku di Central Arkansas,” tulis Sanders di Twitter.

Datuk Bandar Little Rock, Frank Scott Jr berkata hampir 30 orang dimasukkan di hospital tempatan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan turut mengeluarkan amaran puting beliung untuk sebahagian negeri berdekatan Tennessee, Illinois dan Iowa.

Pada sebelah malam, malapetaka melanda Belvidere, Illinois, apabila cuaca buruk menyebabkan bumbung dan sebahagian fasad Teater Apollo runtuh ketika persembahan kumpulan muzik heavy metal berlangsung di atas pentas di dalamnya.

“Lebih 20 ambulans dikerahkan ke tempat kejadian,” lapor Fox 32, sekutu TV Chicago, di laman sesawangnya.

Ketua Bomba Belvidere, Shawn Schadle, melaporkan seorang maut dan 28 cedera dalam bencana itu, dengan lima dimasukkan ke hospital dengan kecederaan parah.

Rakaman agensi penyiaran menunjukkan kakitangan kecemasan membawa penonton konsert yang cedera di atas pengusung.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan runtuhan, sebahagiannya hampir separas pinggang, di atas lantai tempat konsert, dan bumbung teater berlubang.

“Pentadbiran saya memantau dengan teliti keruntuhan bumbung di Teater Apollo di Belvidere malam ini,” kata Gabenor Illinois, JB Pritzker dalam ciapan pada lewat petang.

Sementara puting beliung Arkansas melanda pada sebelah petang, menghentam sebahagian Little Rock.

“Puting beliung ini sebenarnya sangat dahsyat,” kata seorang saksi Lara Farrar kepada AFP. Pihak berkuasa di Daerah Pulaski mengelilingi ibu negeri itu mengatakan ia mengalami kerosakan ribut dan puting beliung yang ketara.

Lebih 78,000 orang terputus bekalan elektrik di seluruh negeri, menurut Poweroutage.us.

Pejabat gabenor tidak dapat mengesahkan dengan segera sebarang kematian kepada AFP, tetapi sebuah hospital tempatan memberitahu akhbar Arkansas DemocratGazette bahawa ia mula menerima pesakit, termasuk beberapa orang dalam keadaan kritikal. 

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU