
KUCHING: Qahirah Maisarah Syahlil dari Sabah dinobatkan sebagai johan pada pentas akhir Bintang Kecil 2022.Menyanyikan lagu solo ‘Cinta’ daripada Marsha Milan dan lagu duet ‘Laksamana Raja Di Laut’ bersama-sama Alumni Bintang Kecil Erin CTJ, dia berjaya menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang RM20,000 berserta trofi dan sijil.
Sementara itu, naib johan Fateeha Nasleen Suhailin juga dari Sabah membawa pulang RM15,000 dan tempay ketiga dimiliki anak kelahiran Johor Bahru, Wa’ie Mohd Zain dengan membawa pulang RM10,000.
Pada masa sama, Wa’ie turut memenangi anugerah Protege Bintang Pilihan Prodigi dan membawa pulang sebuah piano digital.
Tiga lagi peserta Adam Syahmi Mohd Faizul Hafiz dari Pahang; Puteri Ainul Farisya Zuraimi dari Perlis; dan Nur Qasih Umairah Abdullah dari Sarawak masing-masing diberikan hadiah saguhati RM5,000 berserta trofi dan sijil.
Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama isteri, Datin Seri Zuraini Abdul Jabar menyampaikan hadiah kepada peserta di Stadium Perpaduan pada Sabtu (24 Dis).
