ARTIKEL

Qu Dongyu dipilih semula sebagai Ketua Pengarah FAO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROM: Penyandang kerusi Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Qu Dongyu berjaya mengekalkan jawatan itu untuk empat tahun lagi selepas mendapat undi majoriti pada Perhimpunan Agung ke-43 FAO di sini, pada Ahad.

Mengikut prosedur, pemilihan itu dijalankan melalui undian tanpa nama, disertai 182 negara anggota.

Qu yang pertama kali dipilih sebagai Ketua Pengarah FAO pada Jun 2019 itu memperoleh 168 undi pada kali ini dan akan memulakan penggal baharunya pada 1 Ogos.

Sepanjang empat tahun ini, FAO yang diterajui oleh Ketua Pengarah pertama dari China itu telah berjaya menangani cabaran keselamatan makanan global dengan melaksanakan reformasi seperti pengoptimuman struktur pengurusan, pengembangan fungsi baharu dan mengadaptasi model perniagaan baharu.

Kejayaan itu secara tidak langsung menyokong transisi sistem pertanian dan makanan global, serta memacu pelaksanaan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan, yang mendapat pengiktirafan meluas oleh negara-negara anggota.

Ditubuhkan pada 1945 dan beribu pejabat di Rom, FAO ialah agensi pertanian khusus dalam sistem PBB dan berperanan penting dalam pertukaran dasar pertanian dan makanan global, penetapan piawaian, serta statistik. – BERNAMA

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC