ARTIKEL

Quran Hour terangi Kampung Moyan Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Seramai lebih 50 orang penduduk kampung mengambil peluang menyertai ‘Moyan Laut Quran Hour’ yang berlangsung selama 10 hari di Masjid Darul Naim Kampung Moyan Laut, semalam.

Program julung kali diadakan anjuran Biro Pengajian dan Pendidikan Masjid Darul Naim Kpg Moyan Laut itu mendapat sambutan menggalakkan walaupun dijalankan bermula 8 pagi hingga 4 petang setiap hari selama 10 hari bermula sejak 26 Mac lalu.

SERAH…Penghulu Moyan Laut, Gani Awi (tiga kiri) menyerahkan cenderahati kepada salah seorang peserta Quran Hour.

Penghulu Kampung Moyan Laut, Gani Awi berkata, penganjuran program berjaya menyerikan masjid pada siang hari, di samping menyediakan aktiviti bermanfaat kepada penduduk kampung sepanjang bulan Ramadan.

“Program ini amat bermakna, ia menghidupkan waktu siang Ramadan dengan alunan Al-Quran di segenap penjuru kampung.

BERCAKAP…Penghulu Kampung Moyan Laut, Gani Awi berucap pada majlis penangguhan Program Moyan Laut Quran Hour di Masjid Darul Naim kampung Moyan Laut.

“Untuk itu, jadikanlah pembelajaran Al-Quran ini sebagai peluang mendalami ilmu agama dan melahirkan komuniti cerdik dan mahir dalam ilmu agama,” katanya.

Beliau bercakap demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Program Moyan Laut Quran Hour di Masjid Darul Naim kampung Moyan Laut, semalam.

Sementara itu, Pengerusi program merangkap Pengerusi Biro Pengajian dan Pendidikan Masjid Darul Naim Kpg Moyan Laut, Mat Dris menzahirkan penghargaan kepada warga penduduk yang memberikan kerjasama baik dalam menjayakan program sehingga tamat.

Beliau turut mengakui berbangga terhadap sambutan peserta yang tidak dijangka memenuhi waktu program dengan bersama-sama menghayati bacaan tiga juzuk Al-Quran setiap hari.

Justeru, beliau berharap program terbabit dapat diteruskan pada bulan Ramadan akan datang berikutan mendapat sambutan positif dalam kalangan penduduk kampung.

Majlis penangguhan turut diserikan dengan tazkirah mengenai keberkatan membaca Al-Quran di bulan Ramadan disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Issalahuddin Kameri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU