ARTIKEL

Rabies: laporkan jumlah anjing di premis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan strategi baharu itu hari ini  dalam usaha berterusan untuk memerangi wabak rabies atau penyakit anjing gila, semasa mempengerusikan mesyuarat pasca nilai Fasa Kelima Operasi Anti Rabies dari 31 hingga  4 Ogos meliputi daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong baru-baru ini.

Beliau berkata pemilik diberi notis satu bulan mulai hari ini untuk mengemukakan laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri di bahagian masing-masing.

Katanya ladang yang terletak berhampiran sempadan negeri ini dengan Kalimantan di Indonesia terutamanya mesti mematuhi arahan ini.

“Pada masa sama, semua pegawai Imigresen dan Kastam yang bertugas mengawal semua pintu keluar dan masuk di negeri ini perlu memastikan tiada anjing dibawa masuk dari Kalimantan oleh pemilik atau pekerja.

“Arahan serupa perlu dipatuhi Polis Marin dan agensi penguat kuasa lain yang menyediakan kawalan keselamatan di sepanjang pantai kita,” katanya.

Dalam operasi yang dijalankan di daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong, beliau berkata sejumlah 832 ekor anjing liar dan 13 ekor kucing telah dimusnahkan.

“Tiada isu atau halangan yang dibangkitkan oleh pemilik anjing, individu atau badan bukan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata Kuching akan kekal sebagai pusat utama dalam memerangi wabak itu.

Ini, katanya, kerana sungguhpun operasi menyapu bersih dilaksanakan di daerah itu, anjing liar masih  merayau-rayau di tempat awam seperti di Taman Budaya, katanya.

Mengenai komen dalam sosial media yang mencadangkan supaya kerajaan negeri mengguna pakai kaedah yang digunakan kerajaan Pulau Pinang dalam  memerangi wabak rabies, Uggah berkata kaedah itu tidak praktikal.

“Pertama sekali Pulau Pinang adalah sebuah pulau. Tetapi Sarawak berkongsi sempadan yang panjang dan berongga-rongga dengan Kalimantan, Indonesia, yang dipercayai tempat penyakit itu mula merebak.

“Kedua, sungguhpun Ketua Menteri mengarahkan supaya semua anjing dimusnahkan, arahan itu  dibatalkan pada hari kedua selepas mendapat bantahan orang ramai,” kata Uggah.

Beliau juga berkata budaya di negeri ini sangat berbeza, terutamanya dalam kalangan penduduk pribumi, yang memelihara anjing untuk berburu dan atas sebab keselamatan.

Mengenai fasa berikutnya operasi itu, Uggah berkata Fasa Keenam akan meliputi daerah Sibu, Kanowit dan Kapit yang akan dijalankan dari 28 Ogos hingga 4 Sept.

Ini diikuti Fasa Ketujuh dari 5 hingga 12 Sept di daerah Saratok, Sarikei, Meradong dan Julau. – Bernama

BERITA LAIN

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo