ARTIKEL

Rabies masih menjadi ancaman di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu mempunyai sikap berwaspada terhadap penyakit rabies yang masih lagi menjadi ancaman di negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, orang ramai pada awalnya mematuhi saranan kerajaan dalam memberi suntikan vaksin kepada haiwan peliharaan mereka.

Bagaimanapun katanya, sikap tersebut telah berubah dan seolah menganggap penyakit tersebut telah dibasmikan. 

“Penyakit rabies tidak pernah berubah sejak 2017, namun sikap orang ramai telah berubah. 

“Kita tidak seharusnya leka sebaliknya anggap rabies ini masih ada. Anjing juga mesti diberikan vaksin setiap tahun,” katanya kepada media selepas menyempurnakan program Pagi Bebas Kenderaan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini hari ini.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa orang ramai untuk bersama memainkan peranan mereka dalam membendung penularan penyakit tersebut. 

Malah katanya, mangsa yang digigit mahupun dicakar oleh anjing yang dikhuatiri mempunyai penyakit rabies juga perlu mendapatkan rawatan ke klinik gigitan anjing dalam kadar yang segera.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, operasi menangkap anjing liar yang bermula Isnin hingga Jumaat lalu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau sekali gus menyangkal maklumat yang tidak tepat yang ditularkan di media sosial mendakwa penguat kuasa yang bertugas pada ketika itu memasuki rumah orang awam secara paksa untuk menangkap anjing. 

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan