ARTIKEL

Racun pepijat turut bahayakan nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PARIS: Penduduk yang kini berusaha membasmi wabak pepijat di Perancis berhadapan risiko meracuni diri sendiri berikutan penggunaan racun serangga haram, menurut pihak berkuasa Paris pada Selasa.

Pemeriksaan mendapati orang ramai menggunakan produk Sniper 1000 EC DDVP yang diharamkan pada 2013, menurut Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan, Alam Sekitar dan Pekerjaan (ANSES), lapor agensi berita Jerman (dpa). ANSES melaporkan, 206 orang mengalami keracunan antara Januari 2018 dengan Jun tahun ini.

Produk itu mampu menyebabkan penyakit apabila tersentuh atau tertelan, bahkan menyebabkan kematian jika dihidu. Laporan dengan gambar pepijat di pawagam, pengangkutan awam dan kawasan lain tular di media sosial di Perancis pada musim panas. ANSES melaporkan bahawa penyebaran serangga itu semakin meluas sejak tahun kebelakangan ini. Sekitar 11 peratus daripada isi rumah terjejas antara 2017 dengan 2022, katanya.

Pepijat merupakan serangga yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap hampir kesemua racun serangga dalam pasaran dan dapat dihapuskan menggunakan haba, stim atau pembekuan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU