ARTIKEL

This aerial view shows Palestinian children walking amid the rubble of a building levelled by an overnight Israeli strike in the occupied West Bank Jenin refugee camp, in an attack during which Al-Quds Brigade, the armed wing of militant group Palestinian Islamic Jihad, said local commander Islam Khamayseh was killed, on May 18, 2024. (Photo by Zain JAAFAR / AFP)

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki wilayah yang dikepung melalui jeti yang dibina Amerika Syarikat (AS).

Selepas lebih 10 hari serangan yang disebut oleh tentera Israel sebagai operasi terhad di Rafah, pertempuran antara tentera Israel dengan pejuang Palestin meletus semula di utara Gaza.

Menurut jurucakap hospital Kuwait, serangan semalaman Israel membunuh dua orang di kem pelarian di Rafah, dengan saksi melaporkan tembakan dan bedilan tanpa henti di tenggara bandar itu dan jet mengebom kawasan timurnya.

Wartawan AFP, saksi dan pegawai perubatan berkata, terdapat pertempuran sengit semalaman di kem pelarian utara Jabalia, selepas tentera Israel melaporkan pada Jumaat kemungkinan keganasan paling sengit berlaku di bandar itu dalam lebih tujuh bulan perang.

Israel pada awal Januari berkata ia memunsnahkan struktur perintah Hamas di utara Gaza, tetapi tentera mendakwa kumpulan pejuang Palestin itu berkuasa sepenuhnya di Jabalia sehingga tentera Israel tiba beberapa hari lalu.

Pencerobohan Israel ke dalam Rafah, dilancarkan walaupun mendapat tentangan hebat antarabangsa dan ketika pengantara rundingan mengharapkan satu kejayaan dalam rundingan gencatan senjata yang terhenti.

Keadaan itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah teruk, kata kumpulan bantuan. – AFP

BERITA LAIN

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU