
KUCHING: Orang ramai tidak harus melepaskan peluang menyaksikan satu bunga Rafflesia yang sedang mekar di Taman Negara Gunung Gading di sini.
Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), tempoh mekarnya kini memasuki hari kedua.
“Ia mekar selama sekurang-kurangnya enam hari, maka hari tontonan terbaik adalah pada hari pertama hingga hari ketiga.
“Pada hari keempat, keindahannya akan mula pudar dan layu akibat keadaan cuaca,” katanya.
Rafflesia, juga dikenali sebagai ‘bunga mayat’ kerana baunya adalah genus bunga dengan 28 spesies yang diketahui.
Kelopaknya yang besar mengeluarkan bau busuk untuk menarik mangsa dan pendebunga.
Unik dan sedap mata memandang, spesimen bunga jarang ini tidak boleh dilepaskan apabila ia mempamerkan keindahannya kepada dunia.
Untuk maklumat lanjut, pelawat boleh menghubungi 082-735 144.