Ragad serah sumbangan peribadi Tahun Baru Cina

KUCHING: Dua badan bukan kerajaan (NGO) dan empat keluarga menerima sumbangan peribadi sempena Tahun Baharu Cina 2021 daripada isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, di sini, semalam.

Sumbangan peribadi berupa barangan keperluan asas bernilai RM10 ribu telah diserahkan kepada Hope Place Kuching dan Kuching Life Care Centre.

Wakil penerima Hope Place ialah Presidennya Chong Hai Eng manakala Kuching Life Care Society pula diwakili oleh pengerusi merangkap pengasasnya Hung Sung Ho.

Penerima lain adalah dua keluarga yang tinggal di Flat KMC serta dua lagi keluarga yang tinggal di Jalan Sungai Apong Baru, di sini.

Kesemua keluarga tersebut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas.

Turut hadir ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanakkanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, isteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datin Seri Enn Ong serta Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.